Klasifikasi kematangan untuk rancangan TV dan filem di Netflix

Buat pilihan tontonan yang tepat bagi anda dan keluarga anda dengan klasifikasi kematangan untuk rancangan TV dan filem di Netflix.

  • Klasifikasi kematangan sama ada ditetapkan oleh Netflix atau organisasi standard tempatan.

  • Netflix menetapkan klasifikasi kematangan mengikut kekerapan dan impak kandungan matang dalam tajuk, seperti tahap keganasan, seks, bahasa dewasa, kebogelan atau penggunaan bahan yang terkandung dalamnya.

  • Netflix juga memberikan butiran bagi kandungan dewasa yang ditemui dalam rancangan TV atau filem, jika berkenaan.

  • Klasifikasi kematangan dan makluman yang terdapat pada halaman butiran rancangan TV menggambarkan tahap kematangan keseluruhan atau tahap kematangan tertinggi bagi siri berkenaan.

    Perhatian:Untuk rancangan TV yang mengandungi lebih daripada satu musim, kami menunjukkan klasifikasi untuk musim yang sedang anda tonton di sudut atas skrin semasa tajuk mula dimainkan. Klasifikasi mungkin berbeza daripada klasifikasi keseluruhan atau tema kandungan matang.

  • Klasifikasi TV dan filem mungkin berbeza-beza mengikut rantau.

Di negara anda, Netflix menggunakan klasifikasi TV dan filem yang berikut:

Disyorkan untuk Kanak-kanak

SEMUA

Disyorkan untuk semua khalayak

7+

Disyorkan untuk khalayak berumur 7 tahun dan ke atas

10+

Disyorkan untuk khalayak berumur 10 tahun dan ke atas

Disyorkan untuk Remaja

13+

Disyorkan untuk khalayak berumur 13 tahun dan ke atas

Disyorkan untuk Orang Dewasa

16+

Disyorkan untuk khalayak berumur 16 tahun dan ke atas

18+

Disyorkan untuk khalayak berumur 18 tahun dan ke atas

Anda boleh mendapatkan klasifikasi kematangan tajuk:

  • Apabila tajuk dimainkan buat kali pertama, klasifikasi akan dipaparkan secara ringkas di sudut atas skrin anda.

  • Pada halaman butiran rancangan TV atau filem. Lokasi maklumat ini mungkin berbeza-beza mengikut peranti.

Selain klasifikasi, anda juga akan melihat butiran tentang kandungan tajuk yang menentukan klasifikasi (contohnya: seks, bahasa, keganasan, kebogelan).

Berikut ialah cara menetapkan tahap klasifikasi kematangan untuk profil berdasarkan peranti anda:

Telefon atau tablet Android, iPhone atau iPad

Perhatian: Untuk mengedit tahap Klasifikasi Kematangan bagi profil Kanak-kanak, anda perlu menggunakan penyemak imbas web.

  1. Buka apl Netflix.

  2. Di bahagian bawah kanan, ketik Netflix Saya.

  3. Pada bahagian atas, ketik nama profil.

  4. Ketik Urus Profil.

  5. Pilih profil yang ingin anda edit.

  6. Ketik Sekatan Tontonan.

  7. Ketik Klasifikasi Kematangan.

  8. Sahkan identiti anda dengan memasukkan kata laluan akaun Netflix anda.

    • Jika anda tidak mempunyai kata laluan untuk akaun anda, ikut langkah berikut di bahagian "Penyemak imbas web" untuk mengubah tetapan anda.

  9. Tetapkan tahap Klasifikasi Kematangan pilihan anda.

Penyemak imbas web

  1. Melalui penyemak imbas, pergi ke halaman Akaun anda.

  2. Pilih Profil.

  3. Pilih Laraskan kawalan ibu bapa, kemudian pilih profil.

  4. Sahkan identiti anda dengan memasukkan kod yang dihantar kepada e-mel atau nombor telefon bimbit anda atau dengan memasukkan kata laluan Netflix anda.

  5. Tetapkan tahap Klasifikasi Kematangan pilihan anda.

  6. Pilih Simpan.

Perhatian: Klasifikasi permainan sepadan dengan tetapan kematangan rancangan atau filem yang ditetapkan untuk profil. Lihat Klasifikasi kematangan untuk permainan di Netflix untuk mengetahui butiran.

Profil yang ditetapkan dengan tahap kematangan hanya akan menunjukkan tajuk yang sepadan dengan tahap klasifikasi kematangan yang dipilih.

Jika anda mengalami masalah untuk menukar tahap kematangan pada profil Kanak-kanak, lihat Saya tidak dapat menukar had klasifikasi kematangan dalam pengalaman Netflix Kanak-kanak.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Kawalan Ibu Bapa di Netflix.

Anda juga boleh menyekat rancangan dan filem tertentu bagi profil individu.